Berapa Lama Biasanya Loan/Pinjaman Kereta Lulus?



Salam sejahtera semua! Saya Mohamad Ayub Sales Advisor Sabah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda yang mungkin berguna masa akan datang iaitu berapa lama biasanya loan kereta lulus?? Apabila anda ingin membeli kereta, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah masa yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kereta. Masa yang diambil untuk meluluskan pinjaman kereta bergantung kepada pelbagai faktor. Mari kita lihat prosesnya dengan lebih terperinci.


1. Proses Permohonan Pinjaman Kereta

Proses permohonan pinjaman kereta biasanya bermula dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Sales Advisor, pihak bank atau institusi kewangan yang anda pilih. Anda perlu melengkapkan borang dengan maklumat peribadi anda, maklumat pekerjaan, dan butiran kewangan yang diperlukan.

Selepas menghantar borang permohonan, pihak bank akan memeriksa dokumen-dokumen yang diberikan untuk memastikan kelengkapannya. Ini termasuk salinan kad pengenalan, surat pengesahan gaji, penyata bank, dan dokumen lain yang berkaitan.

2. Proses Pengesahan dan Penilaian

Setelah menerima dokumen-dokumen yang diperlukan, pihak bank akan melakukan proses pengesahan dan penilaian. Mereka akan menyemak rekod kredit anda dalam sistem seperti CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan CTOS (Credit Tip-Off Service) untuk menilai rekod kewangan anda.

Selain itu, pihak bank mungkin akan menghubungi majikan anda untuk pengesahan pekerjaan serta membuat panggilan telefon untuk mengesahkan maklumat yang diberikan dalam borang permohonan.

3. Tempoh Kelulusan

Berapa lama masa yang diperlukan untuk meluluskan pinjaman kereta? Berdasarkan pengalaman, biasanya proses pengelulusan pinjaman kereta mengambil masa antara 2 hingga 3 hari bekerja untuk diproses. Ini bagi yang berslip gaji, manakala yang berniaga/petanian/kontrak mengambil masa 4 hari atau 1 minggu. Ini kerana proses pengiraan pendapatan perniagaan mengambil masa sedikit.

Selepas proses pengesahan selesai, pihak bank biasanya akan mengambil masa antara dua hingga seminggu untuk memberikan keputusan mengenai kelulusan pinjaman kereta anda. Walau bagaimanapun, tempoh ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan masa, individu dan keperluan bank.

Secara amnya, tempoh kelulusan pinjaman kereta boleh mengambil masa dari beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan tersebut. Bagi mempercepatkan proses, pastikan semua dokumen diberikan dengan tepat dan lengkap.


Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta Nissan impian anda tanpa perlu membayar deposit! Dengan pelan pembiayaan yang fleksibel dan faedah yang kompetitif, Nissan menjadikan impian memiliki kereta baru lebih mudah dari sebelumnya. Hubungi Saya Mohamad Ayub hari ini untuk maklumat lanjut dan jadikan impian anda menjadi kenyataan dengan Nissan!

http://www.wassap.my/60198081022/Nissanwebsite






Post a Comment

0 Comments