Hai, saya Mohamad Ayub, seorang Sales Advisor kereta yang berkhidmat di seluruh Sabah. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips mengenai proses loan kereta. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya, "Berapa lama sebenarnya nak dapat loan kereta ni?" dan "Macam mana nak cepatkan proses ni?".
Berapa Lama Proses Loan Kereta?
Biasanya, proses untuk mendapatkan loan kereta boleh mengambil masa dari beberapa hari (2-4 hari) hingga beberapa minggu (2,3,4 minggu). Nak tahu kenapa? Ini adalah beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh proses tersebut:
1. Dokumen Lengkap: Jika anda dah sediakan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap, proses ni boleh jadi lebih cepat. Tapi kalau ada yang tertinggal, alamatnya lambatlah sikit.
2. Semakan Kewangan: Pihak bank perlu pastikan anda mampu bayar balik loan tu. Jadi, mereka akan semak latar belakang kewangan anda, termasuk skor kredit dan pendapatan bulanan. Ini mengambil masa sedikit terutamanya mereka yang bekerja sebagai berniaga "trading lesan/syarikat" Cara loan kereta yang bekerja sendiri.
3. Prosedur Bank: Setiap bank ada cara kerja yang berbeza. Ada yang cepat, ada yang ambil masa sikit. Dari pengalaman saya, contoh loan kereta atas nama syarikat Sdn Bhd di Maybank. Biasanya Maybank akan mengambil masa 3 atau 4 minggu untuk proses loan kereta anda. Manakala bank di Public Bank mengambil masa 1-2 minggu sahaja, ini juga bergatung pada document dan rekod syarika yang memohon kereta tersebut.
4. Jenis Loan: Kalau loan yang anda mohon tu lebih kompleks atau jumlahnya besar, mungkin prosesnya akan ambil masa lebih lama.
Baca Ini :
Pilih Kereta Yang Sesuai Untuk Anda
Kisah Encik Alimuddin Tanpa Deposit Dan Tanpa Penjamin
Tips Mempercepatkan Proses Loan Kereta
Walaupun ada faktor yang kita tak boleh kawal, tapi ada juga cara yang boleh kita buat untuk percepatkan proses ni:
1. Sediakan Dokumen Lengkap: Pastikan semua dokumen seperti slip gaji, penyata bank, kad pengenalan, dan lain-lain dah sedia sebelum memohon. Lagi lengkap, lagi cepat prosesnya.
2. Semak Skor Kredit: Sebelum memohon, periksa dulu skor kredit anda. Pastikan ia dalam keadaan baik supaya proses semakan kewangan berjalan lancar.
3. Pilih Bank yang Pantas: Buat sedikit kajian tentang bank mana yang terkenal dengan proses cepat mereka. Tak semua bank sama, jadi pilihlah yang terbaik.
4. Guna Khidmat Ejen yang Berpengalaman: Ejen kereta macam saya ni boleh bantu percepatkan proses. Kami ada hubungan baik dengan bank dan boleh uruskan dokumen anda serta pastikan semuanya dalam keadaan teratur.
Proses loan kereta taklah serumit yang disangka jika anda buat persiapan yang betul. Sediakan dokumen yang lengkap, semak kelayakan kewangan, pilih bank yang cepat, dan guan perkhimatan ejen yang berpengalaman. jika boleh. Dengan tips ni, insyaAllah proses loan anda akan berjalan dengan lancar.
Sekian saja perkongsian saya kali ini. Kalau ada apa-apa soalan atau perlukan bantuan, jangan segan-segan untuk hubungi saya, Mohamad Ayub, Sales Advisor kereta di seluruh Sabah. Selamat membeli kereta!
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments