Hai semua! Saya Mohamad Ayub, Sales Advisor Seluruh Sabah. Hari ini saya nak kongsikan satu kisah menarik dan penuh inspirasi tentang Encik Alimuddin. Bayangkan, beliau berjaya buat pinjaman kereta tanpa deposit (full loan), dan insurans kereta baru beliau pun dapat dikurangkan hingga 55%. Menarik kan? Jom kita baca kisah beliau!
Siapa Encik Alimuddin?
Encik Alimuddin ni berasal dari daerah Semporna. Beliau seorang yang berjaya dalam perniagaan dan mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Seronok berurusan dengan beliau sebab beliau sangat mudah dan cepat menyediakan dokumen yang diperlukan.
Bagaimana Semua Bermula
Pertengahan tahun 2023, Encik Alimuddin hubungi saya. Masa tu, beliau banyak bertanya tentang kereta Nissan Navara—harga, warna pilihan, rupa bentuk, cara buat loan kereta, dan banyak lagi. Tapi masa tu, beliau sedang bekerja di luar negara dan di Semenanjung Malaysia. Jadi, beliau hanya buat persiapan awal sahaja.
Langkah Seterusnya
Bila Encik Alimuddin kembali ke Sabah, beliau terus hubungi saya dan sediakan semua dokumen yang diperlukan. Saya juga nasihatkan beliau supaya menyimpan duit sebanyak mungkin dalam akaun simpanan sebelum proses loan bermula. Ini penting untuk meyakinkan bank bahawa beliau mampu membayar balik pinjaman.
Pinjaman Diluluskan!
Tak sampai seminggu, permohonan Encik Alimuddin diluluskan oleh bank. Lebih mengejutkan, beliau dapat pinjaman full loan tanpa penjamin. Beliau sangat terkejut dan gembira. Sebagai sales advisor, ini adalah tugas saya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pelanggan mendapat apa yang mereka impikan.
Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :
1. Facebook : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/
2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en
3. TikTok : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau
Mengurangkan Insurans Kereta
Satu lagi kelebihan yang Encik Alimuddin dapat adalah pengurangan insurans kereta baru hingga 50%. Ini berkaitan dengan NCD (No Claim Discount) insurans kereta lama beliau.
Apa Itu NCD?
No Claim Discount (NCD) atau Diskaun Tanpa Tuntutan adalah diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans apabila anda memperbaharui insurans tanpa membuat sebarang tuntutan. Nilainya boleh meningkat sehingga maksimum 55% bagi kereta dan 25% bagi motosikal.
Memindahkan NCD ke Kereta Baru
Encik Alimuddin mempunyai kereta Axia berusia 5 tahun dan kebetulan beliau membeli Nissan Navara baru tanpa menjual Axia beliau. Beliau boleh memindahkan NCD dari Axia ke kereta Nissan Navara untuk menikmati harga insurans yang lebih rendah. Ini bermakna, beliau dapat jimat banyak wang untuk premium insurans kereta baru beliau.
Kisah Encik Alimuddin memberi pengajaran kepada kita bahawa dengan persediaan yang betul dan kerjasama yang baik, impian memiliki kereta boleh menjadi kenyataan. Jadi, jangan putus asa dan teruskan usaha. InsyaAllah, rezeki akan datang.
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin tahu lebih lanjut tentang cara mendapatkan kereta impian anda, jangan ragu untuk hubungi saya. Di bawah ini gambar saya bersama Encik Alimuddin semasa deliver kereta beliau.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta Nissan impian anda tanpa perlu membayar deposit! Dengan pelan pembiayaan yang fleksibel dan faedah yang kompetitif, Nissan menjadikan impian memiliki kereta baru lebih mudah dari sebelumnya. Hubungi Saya Mohamad Ayub Sales Advisor Sabah hari ini untuk maklumat lanjut dan jadikan impian anda menjadi kenyataan dengan Nissan!
https://linktr.ee/mohamadayubdotcom
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments