Cara Loan Kereta Tanpa Slip Gaji


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Saya Mohamad Ayub, Sales Advisor yang berkhidmat di seluruh Sabah. Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit tips tentang bagaimana nak dapatkan loan kereta walaupun anda tak ada slip gaji. Memohon loan kereta tanpa slip gaji bukanlah mustahil, tetapi memerlukan sedikit usaha tambahan untuk menyediakan dokumen sokongan yang kukuh. 



Kenapa Slip Gaji Penting?

Sebelum kita masuk lebih dalam, mari kita fahami kenapa slip gaji dianggap penting oleh bank atau institusi kewangan. Slip gaji adalah dokumen rasmi yang menunjukkan pendapatan bulanan anda. Ia digunakan oleh bank untuk menilai kemampuan anda membayar balik pinjaman yang dipohon. Slip gaji menunjukkan:

1. Jumlah pendapatan kasar dan bersih anda.
2. Potongan-potongan seperti KWSP, PERKESO, dan cukai pendapatan.
3. Bonus atau elaun tambahan yang mungkin anda terima.

Dengan adanya slip gaji, bank dapat menilai kestabilan dan konsistensi pendapatan anda.

Jika Tiada Slip Gaji??

Adakah ini bermakna anda tidak boleh memohon loan kereta? Jawapannya tidak semestinya. Jika majikan anda terus "bank in" gaji ke dalam akaun bank anda, terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan sebagai bukti pendapatan:

1. Penyata Bank: Bank boleh menerima penyata bank sebagai bukti pendapatan. Pastikan anda mempunyai penyata bank sekurang-kurangnya enam bulan yang menunjukkan kemasukan gaji secara konsisten.

2. Surat Pengesahan Majikan: Majikan anda boleh menyediakan surat pengesahan yang menyatakan jumlah gaji anda dan kekerapan pembayaran. Surat ini haruslah di atas kepala surat syarikat dan ditandatangani oleh pihak berkuasa dalam syarikat.

3. Penyata KWSP: Jika ada mencarum KWSP, penyata ini juga boleh digunakan sebagai bukti pendapatan. Ia menunjukkan sumbangan bulanan anda dan majikan kepada tabung KWSP anda.

4. Rekod Cukai Pendapatan: Jika ada Laporan LHDN yang menunjukkan anda telah membayar cukai pendapatan boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda mempunyai pendapatan tetap.

Tips Untuk Memohon Loan Kereta Tanpa Slip Gaji

1. Lengkapkan Dokumen Sokongan: Pastikan semua dokumen sokongan seperti penyata bank, surat pengesahan majikan, penyata KWSP, dan rekod cukai pendapatan adalah lengkap dan teratur.

  
2. Terangkan Keadaan Anda: Jangan malu untuk menerangkan situasi anda kepada sales advisor atau pun kepada pegawai bank. Jelaskan kenapa anda tidak mempunyai slip gaji dan tunjukkan dokumen sokongan anda.

3. Rekod Kredit/Skor Kredit Yang Baik: Sebelum anda memohon loan kereta/pinjaman Pastikan anda mempunyai rekod kredit yang baik. Bayar semua bil dan pinjaman tepat pada waktunya, contohnya (digi,celcom,maxsi, astro dan lain-lain). Ini akan membantu meningkatkan keyakinan bank terhadap kemampuan anda membayar balik pinjaman.


4. Pilih Kereta Yang Sesuai: Jangan memilih kereta yang melebihi kemampuan anda. Pertimbangkan bajet anda dan pilih kereta yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda.


5. Sediahkan Deposit : Bagi mengurangkan risiko bank, kebiasaannya bank akan memberi pinjaman/loan kereta pada anda hanya 85% atau 80% sahaja dari harga kereta tersebut. Contoh harga kereta RM40,000 x 85% = RM34,000 (kelulusan yang bank boleh bagi), maka anda kena lah sediahkan deposit RM6,000.


6. Sediahkan Penjamin/Guarantor : Ini bertujuaan mempercepatkan proses loan/pinjaman kereta, mengurangkan resiko bank, menyakinkan bank, memudahkan urusan dan menaikkan peratus loan/pinjaman kereta anda dari 80% atau 85% ke 90%.




Jika anda perlukan bantuan atau ada soalan lanjut, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda untuk mendapatkan kereta impian anda.


Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta Nissan impian anda tanpa perlu membayar deposit! Dengan pelan pembiayaan yang fleksibel dan faedah yang kompetitif, Nissan menjadikan impian memiliki kereta baru lebih mudah dari sebelumnya. Hubungi Saya Mohamad Ayub hari ini untuk maklumat lanjut dan jadikan impian anda menjadi kenyataan dengan Nissan!


https://linktr.ee/mohamadayubdotcom



Post a Comment

0 Comments