Hai, salam kali ini saya Mohamad Ayub ingin kongsikan sedikit mengenai Tips Menjaga Stereng Kereta Nissan. Ini dari segi pengalama saya, saya harap dengan tips ini dapat membantu anda menjaga stereng kereta anda terutamanya model kereta Nissan.
Apa itu stereng? ia merupakan satu komponen yang berfungsi untuk menukarkan input daripada stereng kepada tayar kereta anda.
Stereng kereta ini sangat penting sebab ia melibatkan pergerakan kereta bagi memastikan kereta bergerak dengan lancar tapi ianya seperti komponen kereta lain juga di mana ianya boleh rosak.
Apa pula kesan kalau stereng ni rosak? kesannya kereta boleh hilang kawalan dan boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu jika ada sesuatu yang tidak kena dengan kawal kereta anda kemungkinan besar disebabkan kerosakan stereng rack.
Jadi macam mana kita mahu tahu stereng kereta rosak? Jom baca sepenuhnya di bawah :
1. Stereng Jadi Berat
Ketika anda sedang memandu apabila anda memusing kereta ia akan terasa sangat berat dan anda perlu menggunakan banyak tenaga untuk memusing stereng kereta. Ini seolah olah stereng tu dalam keadaan tersangkut pada sesuatu.
Ada kalanya pula stereng menjadi berat apabila pusing ke arah kanan dan kiri tetapi boleh jadi juga stereng sukar untuk dipusing pada satu belah saja.
2. Kebocoran Bedir Atau Minyak
Ini merupakan antara tanda paling mudah untuk dikenal pasti, dengan melihat kebocoran pada bawa kereta. Jika anda periksa di bahagaian bawah kereta anda, anda akan dapat lihat dengan mata kasar terdapat minyak menitis atau berada dipermukaan besi.
Walau bagaimana pun ianya cuma satu kemungkinan sahaja kerana kebocoran yang anda lihat itu mungkin benda lain seperti minyak enjin. jadi lebih baik anda membawa kereta tersebut ke pusat servis yang berdekatan.
Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :
1. Facebook : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/
2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en
3. TikTok : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau
3. Stereng Tidak Kembali Kedudukan Asal Selepas Dipusing.
Bayangkan anda sedang memandu kereta dan ingin menukar laluan. Anda memusing stereng kereta dan perasan yang stereng kereta anda tidak berpusing kembali pada posisi asal. Oleh yang demikian anda terpaksa memusing kereta menggunakan tangan anda secara manual untuk kembalikan posisinya.
Nampak macam mudah kan tapi benda ini sangat berbahaya terutamanya sekali jika berlaku ketika anda memandu laju di Lebuhraya.
4. Bunyi Pelik Semasa Anda Memandu.
Biasanya bunyi ini kedengaran semasa anda membawa kereta tetapi bukannya kerap kali cuma kadang-kadang. Bunyi ini akan berlaku di bawah kereta anda. Sekiranya anda tak dengar bunyi yang pelik di bawah kereta anda saya cadangkan anda cuba check dahulu takut komponen lain yang longgar.
5. Bau Minyak Terbakar
Antara tanda-tanda stereng kereta anda rosak, anda akan terbau seperti minyak terbakar dalam ruang kereta anda. Oleh kerana stereng menggunakan minyak. Dan apabila stereng rosak ia akan menjadikan minyak itu terlalu panas pada kotak gear dan akan menyebabkan kebakaran kereta.
Jadi jika anda terasa bau tersebut ketika memandu. Anda perlu cari tempat yang selamat untuk berhenti Tunggu sehingga kotak gear kereta anda sejuk sedikit selepas itu baru anda teruskan perjalanan.
Untuk pengetahuan anda stereng rack ini boleh claim. Tetapi ia bergantung pada usia kereta anda sekiranya anda memiliki kereta di bawah 5 tahun. Anda layak untuk claim. stereng rack namun ianya bergantung pada rekod service kereta anda.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta Nissan impian anda tanpa perlu membayar deposit! Dengan pelan pembiayaan yang fleksibel dan faedah yang kompetitif, Nissan menjadikan impian memiliki kereta baru lebih mudah dari sebelumnya. Hubungi Saya Mohamad Ayub hari ini untuk maklumat lanjut dan jadikan impian anda menjadi kenyataan dengan Nissan!
http://www.wassap.my/60198081022/Nissan
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments