Kisah Customer Nissan : Beli Kereta Kali Ke Dua Pada Tahun Yang Sama.

 


 

 Syukur Alhamdulillah Rezeki Pada Bulan Ini Deliver Kereta Di Tawau


Kali ini kisah mengenai Customer yang sama beli kereta Nissan kali ke dua. Beliau adalah Puan Rosminah. Puan Rosminah ini seorang peniaga yang berjaya di daerah Kunak, pada tahun ini perniagaannya semakin maju. 


Bila berniaga semakin maju, keperluaan pun bertambah, itu sebablah puan Rosminah menambah lagi satu kenderaan iaitu Nissan Navara 2.5cc Turbo, bagi memudahkan urusan perniagaan beliau. Nak tahu kisahnya lebih lanjut? 


Jom baca Kisah Customer Nissan Puan Rosminah.




Kenapa puan Rosminah beli Nissan Navara?? Sebabnya Nissan Navara ini bucket belakangnya dalam sikit berbanding dengan model kereta yang lain. Lagi satu, kos maintenance yang murah dan sangat mudah berurusan dengan Servis Center Nissan.


Balik kisah puan Rosminah, pada mulanya pemohonan loan kereta Nissan Navara oleh puan Rosminah tidak lulus. Ini kerana, setiap bank mempunyai tahap CCRIS yang berbeza. 


Apa itu CCRIS?


CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System (CCRIS). Sistem yang dibuat khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu yang mahu buat pinjaman.

Secara mudahnya CCRIS ini adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan kewangan anda.


Apa yang ada dalam Laporan CCRIS ini?


Terdapat 3 bahagian laporan CCRIS ini.


1. Kredit Yang Tertunggak

Ini adalah mengenai hutang yang belum habis bayar termasuk yang dipinjam secara individu, pinjaman bersama, dan pinjaman perniagaan atau komersial.


2. Akaun Pemerhatian Khusus (Special Attention Accounts)

Pinjaman ini akan dipantau oleh pihak berkuasa kewangan untuk dapatkan balik pembayaran pinjaman. Maksudnya pinjaman tertunggak yang bank dah letakkan di bawah pemantauan khas.


3. Permohonan Kredit

Sebarang permohonan kredit anda yang tengah dalam proses, atau yang sudah diluluskan dalam 12 bulan lepas.


Jadi apa yang berlaku pada Puan Rosminah adalah, masalah dibahagian Permohonan Kredit. Ini kereta puan Rosminah pada awal tahun 2023 telah mengambil kereta Nissan Almera Turbo. Oleh yang demikian bank akan melihat pada pendapatan puan Rosminah dan menilai sama ada puan Rosminah mampu atau tidak.


Selain itu puan Rosminah juga mempunyai masalah dibahagian Kredit Yang Tertunggak. Menurut puan Rosminah, pernah ada 1 bulan tertunggak, waktu itu puan Rosminah baru saja membuka kedai kedua di Kunak. Namun begitu, puan Rosminah telah selesaikan tunggakan tersebut.


Jadi ingat, pilihan bank juga amat penting bagi memudahkan ursan dan permohonan  anda.  Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Puan Rosminah dan keluarga kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya Mohamad Ayub dalam memproses loan bank dan deliver kereta.


 Anda boleh rujuk gambar di bawah ini, saya bersama Puan Rosminah dan keluarga semasa deliver kereta :





Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :


1. Facebook  : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/


2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en


3. TikTok  : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau







Kalau anda ada sebarang pertanyaan anda boleh tekan link whatsapp saya

http://www.wassap.my/60198081022/Nissanwebsite


Post a Comment

0 Comments