Kisah Customer Nissan : Bantu Dari A Sampai Z

 



Syukur Alhamdulillah Rezeki Pada Bulan Ini Deliver Kereta Di Tawau


Kisah customer Nissan iaitu Encik Yusri, seorang yang baik hati dan menantu yang baik. Kenapa menantu yang baik? sebab beliau beli kereta Nissan Navara untuk mertua. Jarang kita dengar kes macam ini kan.


Apa pula yang bantu dari A hingga Z? nak tahu apa yang saya bantu Encik Yusri? jom baca sepenuhnya kisah ini.



Pada mulanya Encik Yusri dan isteri datang ke showroom untuk membeli kereta double cab. Encik Yusri dan isterinya berkerja di sebuah syarikat swasta di semenanjung. Dan ini adalah kali pertama Encik Yusri dan isterinya membeli kereta baru.


Apa yang saya bantu dari A hingga Z? Saya bantu Encik Yusri dan isterinya serta syarikat yang beliau berkerja iaitu cara menyediakan document untuk pekerja bagi yang ingin membeli kereta. Mungkin korang kurang faham.


Sini saya terangkan sini. Masalah Encik Yusri dan isterinya, mereka mempunyai slip gaji tapi slip gaji tersebut tidak menepati gaji yang diterima Encik Yusri dan isterinya. Gajinya diterima Encik Yusri adalah RM3,200 sebulan, manakala isterinya pula RM2,200 sebulan.




Slip gaji yang diterima encik Yusri dan isterinya pula lebih rendah daripada gaji mereka terima. Dan gaji yang mereka terima itu, di "bank in" dalam akaun bank mereka masing-masing, aaa ini mengukuhkan lagi bukit yang Encik Yusri dan isteri betul-betul bekerja.


                                    Encik Yusri gaji : RM3,200

                                                Isterinya : RM2,200

                                                               ...................

                                             Jumlah          RM5,400


Gaji seperti ini memang layak loan kereta Nissan Navara, Kalau Encik Yusri bekerja di Sabah, dan bergaji seperti di atas. Encik Yusri sendiri pun boleh loan kereta Nissan Navara tanpa isternya. Tapi ia lebih baik ganding nama suami isteri. ( boleh dapat full loan tauuu).


Ok berbalik pada masalah beliau. Selain itu, syarikat tempat encik Yusri dan isternya bekerja baru sahaja beberapa tahun beroperasi. Offer letter mereka belum ada lagi, walaupun encik Yusri dan isterinya bekerja sudah lebih setahun.


Ini adalah perkara biasa, kadang-kala ada syarikat terpaksa membelakangi dahulu document pekerja. Sebab syarikat seperti ini lebih fokus pada perniagaan mereka, bukannya mereka ini tidak memperdulikan pekerja. Mereka mengambil masa sedikit, kata orang " step by step".


Saya sebagai Sales Advisor, saya perlu bantu sebaik mungkin. Itu sebab lah saya tulis bantu dari A sampai Z. Mungkin korang pernah nampak ayat iklan di facebook seperti ini (saya bantu anda dari A sampai Z)  tapi tak semua boleh buat. 




Mujur encik Yusri dan isterinya faham mengenai perkara ini. Bukan mudah berkerjasama ini, kadang kala, ada yang putus asa dipertengahan pengurusan. Sebab ia melibatkan, Kesabaran, Komunikasi, & Kepercayaan antara customer dan sales advisor tersebut.


Tahniah saya ucapkan kepada Encik Yusri dan isterinya kerana berjaya memiliki kereta pertama mereka iaitu  Nissan Navara 4x4, 2.5cc turbo. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada saya Mohamad Ayub dalam memproses loan bank dan deliver kereta.


Anda boleh rujuk gambar di bawah ini, saya bersama Encik Yusri dan isterinya serta mertua semasa deliver kereta :









Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :

1. Facebook  : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/

2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en

3. TikTok  : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau





Kalau anda ada sebarang pertanyaan anda boleh tekan link whatsapp saya


http://www.wassap.my/60198081022/Nissanwebsite





Post a Comment

0 Comments