Hai semua, kali ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai simbol yang berada di dashboard kereta Nissan. Sebenarnya ramai yang belum tahu maksud/ makna simbol ini. Dengan menerangan saya ini, boleh lah sedikit sebanyak membantu anda kenali simbol-simbol di dashboard kereta Nissan.
Nak tahu? jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan ya......
1. Automatic Transmisson Park Warning Light (ATP)
Bila anda melihat simbol ATP di dashboard kereta Nissan ialah bermaksud Automatic Transmission Park Warning Light (ATP). Jika ATP ini menyala terus, bermaksud tempat letak kenderaan transmisi automatik tidak aktif.
Anda perlu betulkan tempat letak kenderaan anda terutamanya pada gear kenderaan anda. Pilih transmisi automatik kepada kedudukan ("P" - Park). Bagi mengelekan kenderaan anda bergerak tanpa di dunga.
2. Engine Management Lamp
Jika anda lihat pada simbol seperti ini menyala sekejap (lepas tu padam) di kereta Nissan anda, ia bermaksud enjin anda sedang hidup dengan baik.
Tetapi jika simbol ini menyala terus semasa enjin di hidupkan, anda perlu ke servis center Nissan yang berdekatan kerana enjin anda hidup dalam keadaan tidak baik. Jadi perlu buat pemeriksaan secepat mungkin.
3. Electronic Stability Control (ESC)
ESC adalah sistem yang mengekalkan kenderaan kepada arah dimahukan pemandu.Anda boleh juga menganggap ESC ini sebagai kawalan anti gelincir. Ianya berfungsi membetulkan situasi kenderaan semasa anda membelok. (seleko)
Masa bila nak aktifkan? kalau anda nak tahu, ESC ini seharusnya di ON setiap masa pemanduan, demi keselamatan anda. Tetapi ianya boleh di OFF ketika kenderaan anda tersangkut didalam lumpur, ini kerana kenderaan anda perlukan kuasa untuk mengeluarkan kereta anda dari lumpur tersebut.
Sekirannya ESC ini menyala terus, dan kenderaan anda di masa itu tidak bergerak (Park) ini bermaksud sistem ESC anda bermasalah. Biasanya ia berlaku, apabila anda menukar tayar kereta anda.
Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :
1. Facebook : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/
2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en
3. TikTok : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau
4. Emissions Control Lamp atau Malfunction Indicator Light
Atau pun berkemungkinan, kenderaan anda ada masalah sensor. Jika ini berlaku, sila terus pergi ke Servis Center Nissan untuk membuat pemeriksaan.
5. Problems With Fuel Filter
Kebanyakkan orang biasanya kenali simbol ini sebagai "Diesel Filter Warning". Sekirannya simbol ini menyala, bermakna kereta anda mempunyai masalah dibahagian Filter minyak. Namun begitu sekirannya kereta anda masih boleh bergerak, saya nasihatkan anda agar pergi ke Servis Center Nissan untuk membuat pemeriksaan.
Untuk maklumat anda, filter Diesel ini biasannya perlu di ganti pada 40,000km atau lebih (bergantung pada nasihat servis center). Ia perlu diganti bagi mengelakan kereta anda mengalami asap hitam, kuasa enjin hilang, dan keadaan enjin kereta anda tidak stabil.
6. Automatic Emergency Braking Warning Light
Biasanya dikenali juga (Forward Collision Warning) Sekirannya anda nampak loga ini menyala di kereta Nissan, ia nya bermaksud kenderaan anda telah mengesan sesuatu objek di hadapan kenderaan anda. Contohnya kereta, pejalan kaki, pokok atau tiang.
Anda perlu segera menekan brek bagi mengelakkan perlanggaran. Itu lah tujuannya teknologi ini dibuat. Tetapi sekirannya simbol ini menyala terus, tanpa ada (sesuatu) di hadapan kereta anda. Berkemungkinann, sensor kereta anda bermasalah. Kadang kala kereta yang kotor akan menyebabkan kegagalan sistem ini berfungsi. Dan ada ketika simbol ini menyala disebabkan hujan lebat.
Jika kedua-dua keadaan ini tidak berlaku, namun ia menyala juga. Maka anda perlu datang ke servis center untuk membuat pemeriksaan.
7. Automatic Transmission Warning (AT CHECK)
Ini adalah simbol mengenai Transmisi Automatik kenderaan anda. Sekiranya simbol ini menyala, ia bermaksud transmisi kereta anda mengalami masalah elektrik. Jadi anda perlu segera ke servis center untuk membuat pemeriksaan.
8. Hill Descent Control System On Indicator Light atau Downhill Assist Control
Jika anda melihat simbol ini menyala, bermaksud ianya tengah aktif dan jika anda ingin padamkan anda bolehh tekan butang di hadapan tombol gear kereta anda, yang rupa bentuk seperti ini.
Apa fungsinya? Sistem ini akan membantu anda brek kereta anda secara automatik jika kenderaan melebihi kelajuan yang ditetapkan ketika menuruni bukit. Pemandu hanya perlu fokus pada kawalan streing sahaja dan proses membrek menurni bukit akan dikawal sepenuhnya oleh sistem ini.
Tetapi anda perlu ingat, sistem ini hanya direka bagi pemandu offroad pada kelajuan yang rendah sahaja. Sekirannya pemandu ingin mengambil alih, pemandu hanyan menekan pedal brek atau minyak pada bila-bila masa.
9. Hand Brek @ Brake Warning Light atau Brek Tangan
Ianya akan menyala jika anda menarik brek tangan kereta anda. Jika brek tangan sudah di turunkan, simbol tersebut akan terpadam. Namun sekiranya simbol brek tangan masih menyala, anda perlu memeriksa minyak brek kereta anda atau pun pergi ke servis center yang terdekat.
10. Master Warning Light
Jika simbol ini menyala bermaksud kenderaan anda mengalami beberapa masalah, antara sebab ianya menyala :
Sila periksa kenderaan anda, ia akan tidak menyala jika masalah tersebut diselesaikan.
11. Front Airbag Is Switched Off atau Supplemental Air Bag Warning Light
Ini adalah simbol airbag, jika ia menyala bermaksud terdapat masalah dalam sistem, sama ada satu ada lebih beg udara yang mungkin tidak mengembang sekirannya berlaku perlanggaran. Namun begitu, ianya juga berkemungkinan sensor airbag ada bermasalah.
Apa perlu buat? sila datang ke servis center Nissan untuk membuat pemeriksaan.
12. Low Tire Pressure Warning Light atau Kawalan Cengkaman
Jika anda terjumpa simbol ini di kereta anda menyala, ia bermaksud terdapat cengkaman tayar kereta anda kurang baik. Mungkin tayar kereta anda kurang angin atau pun pancit. Sila periksa kesemua tayar kereta anda.
Tetapi sekirannya masih menyala juga, kemungkinan sensor dalam tayar kereta anda bermasalah. Sila pergi ke servis center Nissan.
13. Anti-Lock Braking System Warning Light (ABS)
Atau Sistem Brek Antikunci (ABS) ia merujuk pada sistem yang digunakan untuk mengelakkan pemandu daripada mengunci brek kereta terutamanya dalam situasi kecemasan.
Contohnya ketika pemandu menekan brek kereta, sistem ABS akan menetapkan aliran minyak yang disalurkan ke kedua-dua paksi penggerak. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan tayar kereta anda daripada terkunci dan mengurangkan risiko kereta daripada tergelincir atau terbabas.
Sekiranya simbol (ABS) ini menyala, terdapat 5 penyebabnya iaitu :
14. Engine Oil Pressure Warning Light atau Tekanan Minyak
Sekirannya ia menyala, ini bermaksud minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin. Apa perlu anda buat? segera matikan enjin kereta anda, dan periksa para minyak enjin.
Jika para minyak enjin anda sudah "OK", sila hidupkan semula enjin kereta anda, dan tunggu selama 5-10 saat. Sekirannya simbol ini masih menyala, segera matikan enjin, dan hubungi servis center terdekat.
15. Seat Belt Warning Light
16. Security Indicator Light
Simbol ini menyatakan sistem keselamatan kenderaan anda sedang beroperasi (aktif). Simbol ini akan berkelip apabila ignition switch di kedudukan OFF,LOCK, atau Autu ACC. Sekirannya ia menyala terus, terdapat masalah pada lock kereta anda, sila periksa atau pergi ke servis center berdekatan.
Kalau anda ada sebarang pertanyaan anda boleh tekan link whatsapp saya
http://www.wassap.my/60198081022/Nissanwebsite
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments