Kisah Customer X-trail Encik Edward Pertama Kali



 Syukur Alhamdulillah Rezeki  Deliver Kereta Di Lahad Datu



Ini sebenarnya kisah lama, pada tahun 2021, ini adalah kali pertama saya mendapat customer yang inginkan model kereta Nissan X-trail. Beliau adalah Encik Edward. Beliau berkerja sebagai  Assistant Manager di sebuah syarikat Oil Palm Plantation.


Saya mengenail Encik Edward hanya melalui facebook. Ya memang benar facebook banyak membantu pada sales advisor pada waktu itu. Tapi sekarang ini kena lah bersaing. Kenapa baru nak post gambarnya? Nanti saya ceritakan sepenuhnya.....


Tahniah saya ucapkan kepada Encik Edward kerana berjaya  memiliki kereta  Nissan X-trail 2.0 mid. Sebuah kereta SUV yang mempunyai 5 seat + 2 seat kecil di belakang. Kabin kereta yang paling senyap dan selasa, Serba-serbi cukup lengkap, dan paling penting jimat minyak.


Jom baca Kisah Customer Nissan Encik Edward


Kenapa baru saya post gambar Encik Edward? sebenarnya gambar ini baru saya jumpa di facebook sahabat saya. Lagi pun, waktu tu bukan saya yang deliver kereta Encik Edward, kawan sekerja saya di Lahad Dato.


Saya tak dapat pergi ketika itu, sebab saya ada hal penting. Berbalik kisah Encik Edward, beliau sebenarnya sangat berminat dengan kereta model Nissan. Beliau juga mempunyai double cab Nissan Navara D40 berwarna Hitam.


Yang bestnya, berurusan load kereta Encik Edward sangat cepat, lebih kurang 2 minggu sahaja beliau sudah dapat kereta. Waktu tu Encik Edward sangat terkejut, kenapa boleh cepat? 


Kalau korang nak tahu, ada 2 perkara yang mempercepatkan urusan loan dan deliver kereta. Iaitu :

  1. Pastikan document anda lengkap selengkapnya. 
  2. Pastikan kereta yang anda ingnkan sudah ready/free stcok

Document yang lengakp dan cepat disedaikan dapat membantu sale advisor membuat kerja dengan cepat, dan begitu juga dengan bank. Kalau penjual kereta itu berpengalaman, dia pasti tahu apa yang perlu buat, anda sebagai customer perlu beri kerjasama sepenuhnya pada penjual kereta tersebut.

Manakala kereta yang anda ingatkan, pastikan kereta tersebut ada dan free stock. Anda juga digalakan booking kereta bagi memudahkan kereta yang ada ingatkan tidak diambil orang lain. Dan ingat booking kereta harus dibayar terus ke akaun syarikat kereta. Jangan bayar ke akaun penjual kereta, bagi mengelekan anda ditipu.


Harap dengan nasihat saya ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :


1. Facebook  : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/


2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en


3. TikTok  : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau




Kalau anda ada sebarang pertanyaan anda boleh tekan link whatsapp saya


http://www.wassap.my/60198081022/Nissanwebsite



Post a Comment

0 Comments