Syukur Alhamdulillah Rezeki Deliver Kereta Di Lahat Datu.
Kali ini adalah kisah pertama kali saya deliver kereta Nissan Navara. Beliau ada Encik Jamanie, seorang guru yang sangat berminat dengan Nissan Navara. Sebelum ini kereta Encik Jamanie Nissan Navara D40.
Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan Encik Jamanie terhadap saya dan tahniah keranan berjaya memiliki kereta idaman Nissan Navara yang terbaru. Waktu ini, harga kereta Nissan Navara sangat murah. Tidak silap saya, masa ini negara kita sedang menghadapai akhir Covid-19.
Jom baca Kisah Customer Nissan Encik Jamanie.
Sebelum itu, berbalik pada D40. Antara 1997 dan 2004, Nissan mengeluarkan model D22. Model itu ternyata popular di kalangan trak pikap ringan di seluruh dunia. Nissan terus membina D22 di kebanyakan pasaran dunia sebagai alternatif yang lebih murah kepada D40 (Generasi Kedua).
Bagi generasi ke-2 ini, D40 adalah platform baharu bagi syarikat Nissan. Nissan terus membangunkan D40 sebagai produk utamanya untuk bersaing dengan Tacoma dan Ford Ranger di Amerika Syarikat. D40 ketika itu telah mempunyai facelift dan dilengkapi dengan enjin baharu, diesel turbo V9X V6 dengan 240 hp, dan motor petrol 190 hp.
Mengenai Encik Jamanie, beliau seorang yang sangat berkerjasama. Walaupun ketika itu Encik Jamanie tidak mengenali saya, namun segala urusan beliau saya sentiasa update dari masa ke semasa. Ini penting, sebab ada segelintir Sales Advisor yang mana bila dapat document lengkap, terus senyap.
Ya, tidak dinafikan kerja Sales Advisor ini ada kalanya sibuk. Walau pun sibuk, kita perlu juga beritahu perkembangan loan customer, dari hantar document ke bank hingga keputusan loan tersebut. Pada Encik Jamanie, beliau sangat memerlukan kereta secepat mungkin.
Waktu itu, berurusan dengan Encik Jamanie mengambil sedikit lama. Ini kerana, kereta yang diingikan Encik Jamanie Nissan Navara yang berwarna merah. Dan kereta tersebut di "oder" khas dari semenanjung.
Untuk pengetahuan anda, ketika itu, Encik Jamanie adalah satu-satunya di Sabah memiliki kereta Nissan Navara yang berwarna merah. Bukanlah bermaksud Kereta Nissan Navara ini kurang permintaan. Masa itukan Covid -19, ramai customer yang ingkinkan kereta Navara secepat mungkin, berniagaan dan yang berkerja di waktu itu mulai rancak.
Terima Kasih pada Encik Jamanie sekali lagi, dan semoga kereta Nissan Navara ini dapat memudahkan segala urusan Encik Jamanie. Saya tidak dapat bergambar bersama Encik Jamanie, saya ada urusan penting di Tawau.
Hanya dua orang customer saja yang saya tidak dapat bergambar bersama, iaitu Encik Jamanie dan Encik Edward (Kisah Customer X-Trail Encik Edward Pertama Kali). Tetapi selepas itu, semua customer yang berurusan dengan saya, saya yang deliver kereta mereka dan bergambar bersama mereka.
Insy - Allah saya akan teruskan....mana tahu giliran anda pula? memiliki kereta Nissan. Sekirannya anda berminat boleh hubungi saya terus atau kalau ada sebarang pertanyaan anda boleh tekan link whatsapp saya di bawah ini :
http://www.wassap.my/60198081022/Nissanwebsite
Sekirannya anda ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh rujuk di laman sosial di bawah ini :
1. Facebook : https://www.facebook.com/mohamadayubtawau/
2. Instagram : https://www.instagram.com/mohamadayubtawau/?hl=en
3. TikTok : https://www.tiktok.com/@mohamadayubtawau
4. Website : https://www.mohamadayub.com/
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments