Assalamulaikum dan salam sejatera
Hari ini kita digemparkan dengan berita pelancaran baru Nissan Skyline Nismo di Jepun. Untuk pengetahuan anda, hanya 1,000 unit sahaja Nissan Skyline Nismo akan di jual dan 100 unit bagi versi Terhad.
Tapi menariknya Nissan Almera Turbo yang berada di Malaysia, paras rupanya mirip-mirip dengan Nissan Skyline Nismo.Tidak hairanlah kalau Almera Turbo tu dipangil "Baby GT-R".
NISSAN SKYLINE NISMO 2023 |
NISSAN ALMERA TURBO VLT (WARNA GREY EDIT) |
Penambahan baru bagi model kali ini adalah peningkatan prestasi berbanding dengan Skyline biasa. Dengan enjin petrol V6 3.0 liter menghasilkan 420 PS atau 414 Hos Power dan N. Tork 550. Dengan enjin yang lebih berkuasa ditambah transmisi automatik 7 kelajuan.
Selain itu, penambahan bagi model baru ini Nissan Skyline Nismo adalah tayar 19 inci yang lebih ringan,dan lebar. Manakala suspensinya juga dibuat khas dengan lebih baik semasa membelok dan mengekalkan keselesaan pemandu ketika berada di jalan yang tidak rata.
Bagi maklumat anda, Nissan Skyline Nismo dicipta adalah untuk memperingatkan ulang tahun ke -60 bagi model S54A-1 Skyline GT. Nak tahu harga Nissan Skyline Nismo?-sumber
S54A-1 Skyline GT |
HARGA NISSAN SKYLINE NISMO BERMULA PADA HARGA RM251,421 (7,880,400 YEN)
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments