Nissan Fairlady, nampaknya ramai yang berminat dengan kenderaan ini. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak mengenai Nissan Fairlady. Mungkin ada antara anda yang kurang mengenail Nissan Fairlady, nak beli baru? hanya recond sahaja dijual di Sabah.
Jadi kereta baru Nissan yang dijual di Sabah model apa? Hanya Navara, Almera Turbo, X-trail dan Serena. Sekiranya anda berminat dengan model ini, anda boleh hubungi saya terus Whatsappa atau Call di 019-808 1022.
Ok, berbalik cerita mengenai Nissan Fairlady 350Z. Adakah kenderaan ini masih relevan dan berbaloi untuk dimiliki? Nissan Fairlady 350Z merupakan kenderaan yang tidak asing lagi di negara kita. Kenderaan ini turut membawa warisan keluarga Z dalam jenama Nissan. Seperti keluarga GTR, keluarga Z juga amat penting dalam meneruskan kesinambungan jentera jenama Nissan.
Sejarahnya bermula apabila Nissan 300ZX dihentikan di pasaran AS bermula pada tahun 1996, Nissan menyedari mereka perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan model Nissan Z mereka. Sekumpulan pereka dari "Nissan Design Team North America" mula merangka model baharu untuk menggantikan Nissan 300ZX. Projek ini sebenarnya bukan tugasan rasmi, tetapi inisiatif "Nissan Design Team North America."
Berbalik pada cerita asal, adakah berbaloi kita membeli kenderaan ini Nissan Fairlady?
Bila anda cuba mencari di online, anda akan lihat harga kenderaan ini antara RM58,000 dan RM138,000, bergantung pada tahun dan keadaan kenderaan tersebut. Apa yang membuatkan ramai orang kurang memiliki atau membeli kereta ini adalah kerana faktor cukai jalan. Dengan enjin 3,498cc (3.5L), nilai cukai jalan kenderaan ini bersamaan dengan RM4,371 setahun di bahagaian Semenanjung Malaysia dan RM1,696.30 di Sabah dan Sarawak.
Tetapi jika anda membahagikannya dengan 12 bulan, anda hanya perlu menyimpan kira-kira RM365 sebulan untuk memastikan kereta ini layak secara sah untuk kegunaan jalan raya. Dari segi kos pula, ia tidaklah semahal yang dibayangkan. Anda perlu memberi perhatian kepada prosedur penyelenggaraan anda (Servis kereta). Komponen lain pula mudah didapati dan murah.
Jika anda melihat spesifikasi di atas, anda akan mendapat Nissan Fairlady ini sangat seimbang, enjin yang berkuasa dan responsif, deruman yang menyenangkan dari V6, pengendalian yang mantap dan yang paling penting rupa yang menarik. Jika anda ingin memiliki Nissan Fairlady ini? Teruskan dengan keinginan anda. Ingat, keluarga Z Nissan adalah keluarga yang mempunyai kelas yang sama seperti keluarga GTR.
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments