Hai, Assalamualaikum, saya Mohamad Ayub dari Nissan. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu mengenai cara menjaga bateri dengan lebih baik. Bateri kereta berfungsi sebagai bekalan untuk arus elektrik bagi menghidupkan enjin kereta.
Boleh dikira bateri kereta ini sebagai paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan kereta. Kebiasannya bateri kereta ini jika di jaga dengan bagik, bolehlah bertahan dari 2 tahun hinggan 3 tahun, malah ada yang boleh tahan lebih lama lagi.
Cara Penjagaan Bateri Dengan Baik.
1. Sila Periksa Aras Air Bateri Kereta Anda
Sekirannya anda mengguankan bateri basah atau air, adalah sangat penting untuk anda memastikan paras air bateri pada tahap yang optimum. Ingat sukatan bagi paras air bateri pada sukatan High & Low, jangan sesekali menambah air bateri kereta lebih dari paras High. Ini kerana air bateri akan menutup pada rongga udara yang ada pada penutup kepala bateri
Pastikan anda periksa bateri kereta anda setiap 3 bulan sekali atau 5,000km. Jika anda selalu memandu jarak jauh, selalulah tengok para bateri kereta anda.
2. Sila Bersihkan Terminal (Kepala) Bateri Kereta
Kalau anda nak tahu, terminal bateri kereta merupakan perhubungan antara sistem elektronik kereta anda dengan bateri . Jadi sila pastikan terminal bateri kereta anda tidak longgar, pastikan ia ketat. Jika
Terminal bateri merupakan punca pertama yang menghubungkan sistem elektronik kereta anda dan juga bateri kereta. Jika terminal bateri anda longgar & mudah untuk digoyangkan, anda perlu ketatkan segera.
Kalau kepala bateri longar, garam-garam yang berwarna hijau akan terbentuk disekeliling permukaan logam. Maka akan menyebabkan connectivity bateri kereta tidak sempurna, bila tak sempurna maka kereta anda akan mengalami masalah seperti kereta susah nak start, lampu kereta malap dan banyak lagi.
3. Periksa Penebat Bateri Kereta
Apa tu penebat bateri? cuba anda tengok kenderaan anda adakah bateri kereta anda mempunyai sarung penebat seperti di atas? kalau tidak ada, sila beli, sebab penebat bateri ini berfungsi sebagai perisai haba panas enjin kereta. Kalau bateri selalu terdedah pada suhu yang panas tanya penebat ini, menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek.
Sekirannya ada penebat bateri kereta anda, periksa keadaan fizikal penebat tersebut. Kalau koyak kah atau reput kah, beli lah baru.
4. Jangan ON Kereta Jika Enjin Tidak Hidup
Tolong! jangan hidupkan semua sistem elektrik seperti aircond, lampu atau radio dalam masa yang lama, kalau kenderaan anda tidak hidup. Ini boleh menyebabkan kuasa bateri kereta anda menjadi lemah dan enjin kereta akan susah nak dihidupkan nanti.
5. Check Voltage Bateri Kereta Setiap 5000km
Disarankan anda menggunakan multimeter untuk periksa voltage bateri. Bacaan normal untuk bateri kereta yang sihat adalah 12-13 Volt ketika enjin kereta tidak hidup. Ketika enjin hidup, bacaan voltage mestilah antara 13.5 Volt-14.5 Volt.
Jika bawah 13.5 Volt atau lebih 14.5 Volt, kemungkinan besar alternator ada masalah. Sebaiknya buat pemeriksaan di bengkel bateri berdekatan menggunakan alat khas untuk pemeriksaan yg lebih tepat.
Ok itu saja, kalau ada pertanyaan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan.... Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok!
Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments