Hai, Assalamualikum, saya Mohamad Ayub dari Nissan Tawau. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu mengenai apa itu Rear Differential Lock? Untuk maklumat anda, Rear Differential Lock ini ada pada semua model kereta Nissan Navara, hebat kan.
Apa itu Rear Differential Lock? ia berfungsi membantu mengeluarkan kereta anda dari tersekat di dalam lumpur. Pendek kata ia memberikan kereta anda lebih power untuk bergerak. Bagaimana cara ia berfungsi? Caranya ialah sekirannya kereta Nissan Navara anda dalam keadaan (4L) dan gear pada (N).
Cara aktifkan Rear Differential Lock Nissan Navara.
1. Pindahkan 4Wheel Drive Nissan Navara anda dari 2H ke 4H, selepas itu gear pula di posisi (D).
2. Selepas gear anda di posisi (D), pindahkan lagi gear anda ke posisi (N) dan pusing 4 Wheel Drive Nissan Navara anda dari (4H) ke (4L).
3. Bagi mengaktifkan Rear Differential Lock Nissan Navara, anda perlu menekan button Rear Differential Lock, anda boleh lihat simbul ini (menyalah) di dashboard kereta anda. Jadi sekerang anda sudah berjaya mengakitfkan Rear Differential Lock Nissan Navara.
4. Manakala cara mematikan Rear Differential Lock Nissan Navara pula, hanya menekan button Rear Differential Lock semula. Anda boleh lihat pada dashboard kereta anda, simbol Rear Differential Lock (nyalaan) akan padam. Maksudnya Rear Differential Lock Nissan Navara sudah off.
Tapi anda perlu ingat, Rear Differential Lock Nissan Navara ini tidak boleh digunakan dengan kelajuan lebih 80km/j. Dan ia juga tidak akan berfungsi jika 4Wheel Drive Nissan Navara di pindahkan ke (4H) atau (2H). Ia mesti berada di (4L) untuk ia berfungsi.
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments