Tips Penjagaan Tayar Kereta

 


Assalamualikum, saya Mohamad Ayub dari Nissan Tawau, hari ini saya ingin berkongsi ilmu sedikit mengenai tips penjagaan tayar kereta. Saya tahu ramai pemandu di luar sana yang terlepas pandang mengenai kepentingan tayar kereta. Tayar kereta merupakan satu- satunya bahagian kenderaan yang bersentuhan dengan jalan. 


Sekiranya sedikit saja yang rosak pada permukaan tayar, ia boleh menjejaskan keberkesanan break, pengendalian dan pecutan kenderaan anda. Oleh itu, kita perlu tahu cara bagaimana menjaga tayar kenderaan. Di sini saya bagi 5 tips cara penjagaan tayar kereta :


1. Periksa Tayar Kereta Anda.


Pertama anda perlu mencari kerosakan fizikal tayar terutamanya dipermukaan dan dinding tayar, ini kerana mungkin ada tayar yang tidak mempunyai tekanan angin yang cukup. Jangan lupa juga periksa tayar simpanan. kalau boleh tekanan angin tayar simpanan itu biarlah tinggin sikit, atau keras sedikit.


2. Tekanan Angin Tayar



Cerita mengenai tekanan tayar, tujuannya adalah untuk mengekalkan tekanan angin yang betul, memanjangkan hayat tayar kereta dan juga pengendalian kenderan lebih baik. Bagi mengetahui berapa tekanan angin tayar kereta anda, sila rujuk buku manual kereta atau pelekat pada bahagian pintu kereta anda.


Tekanan angin tayar kereta akan menurun setiap bulan dan akan turun lebih banyak jika terdapat sebarang kebocoran. Oleh begitu, anda amat digalakkan untuk memeriksa angin tayar sekerap yang mungkin. 1-2 kali sebulan sudah cukup memadai untuk pastikan tekanan angin tayar sentiasa cukup.


3. Penunjuk haus tapak (TWI – Tread Wear Indicators)




Setiap tayar yang dihasilkan, mesti ada satu penanda kecil pada bunga, ini berfungsi untuk menentukan jika tayar kenderaan tersebut masih selamat dipandu atau pun tidak. Jika anda membeli tayar baru, sila pastikan anda melihat penunjuk haus tapak tayar. Sekirannya penunjuk haus tapak tayar ini sama parasnya dengan bunga tayar, ini bermaksud tayar anda telah haus.


4. Penggiliran Tayar Kereta atau Rotation



Kalau anda nak tahu, ini adalah salah satu cara penjagaan tayar yang mungkin ramai yang tak tahu.  Penggiliran tayar ini bertujuan untuk membantu anda mengimbangi tayar dan mengurangkan risiko tayar anda rosak.


Contohlah anda selalu menggilirkan tayar, maka satu hari nanti semua tayar kereta anda akan haus, dan kadar kehausannya ke empat-empat tayar sama, jangka hayat pun sama. Kalau anda ingat buat penggiliran tayar  pastikan anda buat 3 bualn sekali atau 8,000 km -10,000 km.

  

5. Pelarasan Tayar Kereta atau Alignment



Anda pernah rasa kereta asyik ke kiri ke kanan semasa memandu? Salah satu sebabnya ialah tayar kereta anda kemungkinan sudah tidak selaras lagi. Jadi cara terbaik adalah sentiasa buat pelarasan atau alignment kereta setiap 10,000km ataupun bila-bila masa anda rasa pemanduan tidak seimbang. Bukan mahal pun, RM30  atau RM50 saja. 




Ok itu saja, kalau ada pertanyaan mengenai Model Kereta Nissan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...

019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok! 


Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!


Post a Comment

0 Comments