Bantuan Khas Bencana Banjir Untuk Pemilik Kereta Nissan

 


Kali ini, saya Mohamad Ayub Nissan Tawau ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai pengumuman bantuan khas bencana banjir dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama-sama Tan Chong Ekspress Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) untuk pelanggan Nissan.



Kita tahu baru-baru ini negara kita digemparkan bencana banjir yang melanda di semenanjung Malaysia. Dengan adanya bantuan ini, dapatlah sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir kilat.


Bantuan khas ini menawarkan :


1. Diskaun 20% ke atas alat ganti tulen dan kos upah


2. Restorasi upholsteri khas untuk sedan bernilai RM1,655, serta pakej bernilai RM1,988 untuk MPV, SUV, trak pikap dan van


3. Pelan Pembayaran Semula Mudah (EPP) sehingga 12 bulan


4. Jaminan enam bulan atau jarak perbatuan 10,000 km untuk penggantian alat ganti tulen.


Selain bantuan khas di atas, ETCM juga menawarkan khidmat tunda secara PERCUMA (tertakluk kepada terma dan syarat) dan perkhidmatan Collect & Deliver untuk servis penyelenggaraan pada hujung minggu.


Untuk maklumat lanjut para pelanggan Nissan bolehlah hubungi talian Nissan Customer Care Centre Hotline di 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut.


Ok itu saja, kalau ada pertanyaan mengenai Model Kereta Nissan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...

019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok! 


Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!



sumber : careta.my

Post a Comment

0 Comments