Kali ini saya Mohamad Ayub Nissan Tawau nak beri tips atau cara penjagaan kereta yang tidak bergerak. Bukanlan maksud kereta tu rosak, kereta bagus cuma jarang pakai. Jadi ini adalah cara penjagaan kereta tersebut.
1. Bersihkan Bahagian Dalaman Kereta
Ingat tolong pastikan sampah-sampah atau sisa-sisa makan dalam kereta tu dibersihkan sebelum anda meninggalkan kereta anda untuk satu tempoh masa lama. Ini kerana, ia boleh mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas dan boleh mengakibatkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Bersihkan bahagian dalaman kereta dengan teliti dan jangan lupa sembur bahan pewangi kereta jika perlu.
Selain itu, jangan lupa lakukan pembersihan secara berkala terutamanya pada bahagian yang sering disentuh seperti stereng, pemegang pintu dan lain-lain menggunakan cecair pembasmi kuman.
2. Hidupkan Enjin Kereta Secara Berkala
Jangan lupa juga hidupkan enjin secara berkala, jangan biarkan tersadai berpanjangan. Saya sarakan pada anda hidupkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu selama 10 minit atau 30 minit.
Kenapa nak hidupkan? ia bertujuan untuk mengekalkan cas bateri dan memastikan altenator dan komponen lain kereta berfungsi dengan baik. Selain itu, anda juga disarankan untuk tidak menghidupkan penyaman udara kereta atau sistem infotainmen kereta semasa pemanasan dilakukan untuk memaksimumkan proses pengecasan bateri kereta.
Kalau anda tidak mempunyai masa langsung atau memiliki beberapa buah kereta yang tersadai, lebih baik cabut bateri kereta dan simpan di tempat yang sesuai. Sekali gus dapat mengelakkan bateri kereta daripada ‘kong’ dan memerlukan bantuan jump start jika tidak dapat dihidupkan. Kunci kereta anda dengan sempurna setelah selesai untuk mengelakkan insiden lain yang tidak diingini seperti kehilangan, kecurian dan sebagainya.
3. Periksa Tekanan Angin
Periksa tekanan angin apa? tayar bos ku.....pastikan tekanan angin pada tahap yang sesuai. Untuk pengetahun korang tekanan angin dalam tayar yang rendah atau kempis tidak dapat menyerap hentakan jalan yang berlubang sekali gus boleh menjejaskan penjajaran stereng dan merosakkan sistem suspensi. Manakala, tekanan angin yang berlebihan dalam tayar atau terlalu keras boleh mengurangkan cengkaman tayar pada permukaan jalan dan menyebabkan bunga tayar haus di bahagian tengah.
4. Angkat Wiper Kereta
Contohlah kan, sekiranya anda meletakkan kereta di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari, angkat wiper kereta anda supaya getah wiper tidak menyerap haba daripada cermin. Wiper kereta yang dibiarkan melekat pada cermin kereta di kawasan panas akan menyebabkan pengerasan getah wiper sekali gus menjejaskan fungsinya.
5. Elakkan Bintik Mendatar (Flat-Spotting)
Kenderaan yang dibiarkan tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan bintik mendatar atau flat-spotting pada bahagian tayar. Ia akan mengakibatkan tayar tersebut kehilangan bentuk dan boleh menyebabkan getaran pada stereng semasa pemanduan. Namun begitu, sebahagian besar insiden bintik mendatar adalah sementara dan getaran pada stereng akan hilang apabila tayar mencapai suhu tertentu.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tingkatkan tekanan angin sebanyak 3 PSI jika ingin meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama. Selain itu, anda juga boleh gerakkan kenderaan anda ke depan dan belakang untuk memutarkan tayar untuk mengelakkan risiko bintik mendatar atau flat-spotting ini.
Ok itu saja, kalau ada pertanyaan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...
019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok!
Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!
sumber : carsome
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments