Tips Membeli Kereta Baru

 


 



Kali ini, saya Mohamad Ayub ingin menasihati anda mengenai tips atau petua membeli kereta baru. Mungki ada yang kali pertama membeli kereta jadi mungkin ini sedikit sebanyak membantu anda membeli kereta baru. 


Tak kisah mana-mana jenis kereta, pastikan anda amal atau beringat mengenai tips ini. Tapi sebelum itu, sekirannya anda berminat dengan kereta model Nissan, sila hubungi saya 0198601742.


1. Harga tak lebih 15 peratus dari income bulanan

Okay first thing first, tips beli kereta pertama yang korang wajib tahu ialah korang kena pastikan bayaran bulan bulan kereta tu tak lebih 15 peratus daripada gaji korang. Formula dia gini:


Pendapatan bulanan X 15% = Jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan


So misal kata korang punya monthly income RM3,000, monthly payment kena tak melebihi RM450.


2. Elak kena tipu


Bak kata orang, hidup ni tak selalunnya indah. Korang pun boleh kena tipu semasa beli kereta pertama kalau tak berhati-hati dan attention to detail. Iyalah, ada sesetengah penjual ni dia memang nak kaut untung saja.  Kadang-kadang penjual kereta ni memang akan tabur yang manis saja. Orang putih kata, too good to  be true. Soooo, time korang nak beli kereta tu, ni yang patut korang semak:


  • Kalau penjual minta korang untuk buat bayaran deposit kereta melalui akaun peribadi dia, itu terang-terang red flag. Korang patut mencari kereta di tempat lain.


  • Kadar faedah yang paling rendah untuk kereta tempatan around 2.9 peratus dan 2.7 peratus untuk kereta import. Kalau penjual kereta tu letak kadar faedah yang terlalu rendah, memang tak masuk akal. 

  • Penjual memberi jaminan kelulusan loan kereta yang tinggi.  



3. Bezakan keperluan dan kehendak


Tips beli kereta pertama yang seterusnya ialah, korang kena ketahui kehendak dengan keperluan. Kalau korang dapat bezakan kedua-dua aspek ni, korang boleh mendapatkan kereta mengikut keperluan korang. 


Selalunya, pengedar kereta yang berpengalaman boleh teka korang sama ada korang pembeli pertama atau tak berdasarkan perwatakan korang. Dari situ, sesetengah pengedar kereta akan ambil kesempatan untuk jual kereta yang lebih daripada kemampuan korang. 


Tapi sebenarnya, diaorang tak salah pun. Itu kerja diaorang untuk buat sales. Kita, sebagai pembeli yang kena ada pendirian yang tetap. Sebab tulah korang disarankan untuk buat survey, kenal pasti keperluan atau kehendak. 


Dengan cara ni, korang boleh dapat make sure yang budget korang still tak lebih daripada monthly income korang. 



4. Buat Survey Masa Beli Kereta Pertama


Kereta ni boleh dikatakan antara item yang paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup. Dan sebab itu juga lah kenapa proses survey ni penting. Korang kena buat survey bukan takat harga je, tapi macam-macam aspek lagi kena ambil kira. 


Sama macam beli laptop. Korang kena tengok spek-spek kereta tu sama ada kena dengan keperluan korang atau tak. 


Caranya? Mudah je. Korang pergi je dekat showroom jenama kereta yang korang minat tu cotohnya Nissan Tawau, dan tanya dekat sales person. Sales person tu akan terang pada korang. 



Ok itu saja, kalau ada pertanyaan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...

019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok! 


Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!

 


Post a Comment

0 Comments