Ok, kali ini saya Mohamad Ayub ingin kongsikan ilmu tentang tips atau pertua membeli dashcam. Kita tahu zaman sekarang ini semakin banyak kenderaan dijalan raya. Dengan itu kita perlu berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita.
Dengan adanya teknologi pada masa ini, dashcam menjadi alat yang wajib ada pada kereta. Ini kerana memudahkan lagi bagi pengurusan tuntutan insurans dan laporan polis. Maklumlah semuanya dirakam dan menjadi bahan bukti sebagai rujukan.Mudahkan...
Tapi sekarang ini, pelbagai jenis dashcam di pasaran. Macam-macam rupa bentuk, tapi yang mana satu yang sesuai? Dibawah ini 3 tips saya berikan sebelum anda membeli dashcam :
1. Pilih dashcam yang mempunyai 1080p dan ke atas iaitu Full HD.
Bukan apa Resolusi 1080p ini lebih baik, dari segi warna, dan butiran video yang dirakam, sangat jelas. Mudahlah sikit berurusan dengan insurans dan polis, tak lah macam zaman dulu-dulu video 3gp, kabur-kabur.
2. Pilih Aperture F2.2 dan ke bawah
Kenapa nak pilih Aperture yang lebih rendah? sebab bila dashcam merakam video pada waktu gelap, ia akan menjadikan imej yang gelap menjadi lebih terang. So jangan lupa pilihlah dashcam yang mempunyai spesifikasi Aperture F2.2 ke bawah.
3. Field Of View (FOV) 130 – 150 darjah
FOV atau dikenali sebagai sudut pandangan, semakin luas sudut pandangan semakin baik. Tetapi kalau luas sangat terlampau pula, macam mata ikan, pening bila korang tengok balik video tu. Jadi pilihlah FOV yang 130 hingga 150 darjah.
Lagi satu dah alang-alang nak beli, lebih baik anda cari terus dashcam yang lengkap dengan kamera depan dan belakang.
Untuk pengetahuan anda, semua model kereta Nissan mempunyai dashcam tersendiri. Atau lebih dikenali sebagai Driving Video Recorder (DVR). WIFI connectivity, delivering you peace of mind no matter driving on the road or when your vehicle is parked.
Ok itu saja, kalau ada pertanyaan mengenai Model Kereta Nissan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...
019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok!
Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments