Sebab Kenapa Aircond Kereta Cepat Rosak

 

Kali ini saya Mohamad Ayub Nissan Tawau ingin kongsikan sebab kenapa aircond kereta cepat sangat rosak. Kita semua tahu yang aircond kereta atau penghawa dingin adalah antara komponen kereta yang paling penting, apatah lagi bila musim panas. 


Jadi bagi memastikan aircond kereta kita sentiasa dalam keadaan baik, beberapa perkara yang perlu kita jaga. Di bawah ini antara sebab kenapa aircond kereta atau penghawa dingin kereta cepat rosak :


1. Merokok Dalam Kereta




Ingat merokok dalama kereta boleh menyebabkan penapis cepat menjadi kotor, tak kiralah sama ada merokok ketika tingkap tertutup atau terbuka. Sebab asap rokok yang dihembus berisiko membawa debu ke bahagaian penapis udara. Maka akibatnya  aircond dalam kenderaan anda tidak akan optimum. Duit lagi membuatnya.....


2. Buka Tingkap Terlalu Lama




Ingat, jangan buka tingkap kereta terlalu lama, ini kerana ketika penyaman udara dihidupan, proses kerja kompresor terpaksa berkerja keras untuk mendapatkan suhu kabin yang ideal, dan akhirnya membuatkan aircond cepat rosak.


Jadi kalau nak buka tingkap, tutuplah aircond tu, membazir bah bos ku.....


3. Matikan Enjin Kereta Secara Mengejut



Korang tahu tak, kalau korang matikan enjin secara mengejut ketika penyaman udara masih aktif, apabila korang mahu menghidupkan enjin, penyaman udara akan terus bekerja secara automatik. Anda perlu ingat bateri akan terbeban untuk berkerja keras ketika enjin baru dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak maksimum, arus elektrik yang terhasil akan menjadi kurang stabil sekali gus mempengaruhi elektrik bagi penghawa dingin kereta.



Ok itu saja, kalau ada pertanyaan terutamanya Model Kereta Nissan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...

019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok! 


Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!

Post a Comment

0 Comments