Kali ini saya Mohamad Ayub ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai perbezaan Timing Chain dengan Timing Belt. Ada yang berpendapat bahawa timing chain lebih baik dari timing belt kerana ia lebih tahan lama, manakala ada yang mengatakan yang timing belt lebih baik keranan ia lebih murah untuk diganti dan lebih senyap.
Jadi masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tapi apa maksud timing chain dengan timing belt ini?
1. TIMING CHAIN
Timing Chain ini terletak pada enjin kereta yang direndamkan sekali dengan minyak enjin. Timing chain ialah satu rantai yang dipacu oleh crankshaft dan memacu camshaft. Selagi minyak enjin ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Jadi sila pastikan penukaran minyak enjin kereta anda mengikut jadual ok.
Untuk pengetahuan korang timing chain ini tak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring, biasanya timing chain ini bertahan sekurang-kurannya 400,000 KM atau lebih.
2. TIMING BELT
Timing belt pula sama juga dengan timing chain yang berada dalam enjin kereta. Tetapi timing blet tidak direndamkan sekali dengan minyak enjin. Timing belt ialah satu belt getah yang dipacu oleh crankshaft dan memacu camshaft.
Timing Belt perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kosnya pula bagi menggantikan timing belt yang baru murah sedikit. Biasanya timing belt ini tidak bagi apa-apa tanda atau pun hint bila ia nak putus. Tapi ia akan tiba-tiba putus dengan sendiri.
Ada sesetengah enjin kereta akan berbunyi timing beltnya, jika ia berbunyi cuba korang jiruskan sedikit air paip semasa sedang berputar. Sekirnnya bunyi itu hilang maka timing belt kereta anda perlu diganti segera.
Ingat sekirannya timing belt putus tiba-tiba, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi, sebab banyak kompenen enjin yang akan rosak, patah atau retak. Jadi pastikan korang tukar timing belt mengikut pada masanya (km).
Disini saya boleh simpulkan bahawa
1. Timing Chain lebih tahan lebih lama dari Timing Belt, tetapi timing Chain lebih mahal sedikit kosnya.
2. Tiada kelebihan prestasi atau kecekapan petrol antara kedua-dua timing ini.
3. Gigi timing belt boleh haus dan terlepas, timing belt juga mempunyai risiko yang lebih tinggi jika putus. Mana kala Timing Chain boleh meregang lama-kelamaan akan menyebabkan terlepas daro gigi gear.
4. Kegagalan timing belt atau timing chain boleh merosakkan enjin kereta dengan teruk.
Ok itu saja, kalau ada pertanyaan mengenai Model Kereta Nissan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...
019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok!
Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments